Monday, November 24, 2008

ANALISIS WEB 26

PEMILIK : Tidak dinyatakan


ULASAN :
Laman web ini kurang sesuai dijadikan rujukan kerana tidak memenuhi kriteria standard pemikiran yang utama antaranya kejelasan, ketepatan, dan keterperincian. Perbincangan tentang solat dalam laman web ini tidak menjelaskan cara melakukan solat daripada awal sehingga akhir solat dengan sempurna. Apa yang dibincangkan hanyalah berkaitan cara untuk menyempurnakan rukun solat sahaja.
Dari segi ketepatan pula, perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.
Dari segi keterperincian pula, penerangan tentang solat dalam laman web ini tidak menyeluruh dari permulaan solat sehingga akhir. Pengarang hanya menjelaskan cara-cara untuk menyempurnakan rukun solat sahaja. Bacaan-bacaan dalam rukun solat juga tidak dinyatakan.
Walaupun tidak sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar yang hendak belajar solat, tetapi sesuai dijadikan rujukan kepada mereka yang sudah pandai bersolat dan hendak menyempurnakan solat mereka.

ANALISIS WEB 27

http://pesantren.or.id.29.masterwebnet.com/ppssnh.malang/cgi-bin/content.cgi/masail/
aula/tahun_1993/34.single
PEMILIK : Nurul Huda


ULASAN :
Laman web ini tidak sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar yang hendak belajar solat dan tidak sesuai dijadikan bahan P&P oleh guru pendidikan Islam kerana penerangannya tidak berkaitan secara khususu dengan tajuk cara mengerjakan solat.
Kejelasan berkenaan tajuk solat tidak dinyatakan dan apa yang dibincangkan hanyalah berkaitan prinsip umum atau syarat umum untuk melakukan solat berjemaan, solat jumaat, solat dalam musafir dan sembahyang ketika takut serta syrat-syaratnya.

ANALISIS WEB 28

PEMILIK : Tidak dinyatakan


ULASAN :
Laman web ini tidak sesuai dijadikan rujukan berkaitan tajuk solat kerana tidak memenuhi standard pemikiran.
dari segi kejelasan, penerangan yang tidak jelas berkaitan tajuk solat secara khusus kerana hanya membincangkan adab-adab ketika solat jumaat sahaja.
Dari segi ketepatan pula, perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan menepati syarak berdasarkan hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.
Dari segi keterperincian pula, isi kandungannya hanya menerangkan secara ringkas berkaitan adab-adab ketika solat jumaat dan perkara ini tidak berkaitan dengan cara mengerjakan solat.
Laman wen ini juga kurang reliven dengan tajuk kerana hanya membincangkan perkara adab ketika solat sahaja.
ANALISIS WEB 29
PEMILIK : Tidak dinyatakan


ULASAN :
Laman web ini sangat sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar dan dijadikan bahan P&P oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar tajuk solat. Hal ini kerana, laman web ini hampir memenuhi ke semua sembilan standard pemikiran.
Walaubagaimanapun, dari segi ketepatan isi kandungannya agak kurang kerana tidak dinyatakan sumber pengambilannya daripada hadis Nabi atau al-Quran. perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya benar dan tidak bercanggah dengan hukum syarak serta menepati hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.

ANALISIS WEB 30

PEMILIK : Tidak dinyatakan


ULASAN :
Laman web ini sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar dan bahan P&P kepada guru. Hal ini kerana, laman web ini hampir memenuhi ke semua sembilan standard pemikiran.
Walaubagaimanapun, dari segi ketepatan isi kandungannya agak kurang kerana tidak dinyatakan sumber pengambilannya daripada hadis Nabi atau al-Quran. Perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya benar dan tidak bercanggah dengan hukum syarak serta menepati hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.

ANALISIS WEB 31

PEMILIK : Islamicity


ULASAN :
Pengajaran solat dalam laman web ini berbentuk mp3.
laman web ini sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar dengan bantuan guru kerana kejelasannya kurang kerana tiada gambar atau video untuk menunjukkan kedudukan badan ketika mula bersolat hingga ke salam. laman web ini juga sesuai dijadikan bahan P&P oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar tajuk solat.
Sedikit keleman kepada laman web ini kerana kejelasannya agak kurang kerana cara solat diterangkan malalui format mp3 dan tiada gambar atau video untuk menerangkan kedudukan ketika awal hingga akhir solat.
Selain itu, dari segi ketepatan juga agak kurang kerana perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya dan bacaannya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan menepati hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.

ANALISIS WEB 32

PEMILIK : Syariahway



ULASAN :
laman web ini sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar dengan bantuan guru kerana kejelasannya kurang kerana tiada gambar atau video untuk menunjukkan kedudukan badan ketika mula bersolat hingga ke salam. laman web ini juga sesuai dijadikan bahan P&P oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar tajuk solat.
Sedikit keleman kepada laman web ini kerana kejelasannya agak kurang kerana kedudukan anggota badan ketika melakukan rukun-rukun solat tidak dinyatakan. Tiada gambar atau video untuk menerangkan kedudukan ketika awal hingga akhir solat. Sepatutnya pengarang menjelaskan kedudukan anggota badan ketika bersolat melalui gambar atau video.
Selain itu, dari segi ketepatan juga agak kurang kerana perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya dan bacaannya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan menepati hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.