Monday, November 24, 2008

ANALISIS WEB 39

http://www.youtube.com/watch?v=JNMuxQcBhnw
PEMILIK : Tidak dinyatakan


ULASAN :
Laman web ini sangat sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar dan dijadikan bahan P&P oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar tajuk solat. Hal ini kerana, laman web ini hampir memenuhi ke semua sembilan standard pemikiran.
Walaubagaimanapun, dari segi ketepatan agak kurang kerana perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya dan bacaannya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan menepati hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.
Keluasannya juga terhad kerana hanya membincangkan berkenaan solat subuh sahaja tetapi ia boleh dipraktik olah solat-solat lain kerana rukun solat lima waktu adalah sama.

No comments: