Monday, November 10, 2008

ANALISIS WEB 1

http://www.zakatsel.com.my/baru/ibadah/carasolat.asp

PEMILIK : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR



ULASAN :
Laman web ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka dan boleh juga dijadikan panduan untuk pelajar-pelajar membaiki solat mereka. Guru-guru pendidikan Islam juga boleh menjadikan laman web ini sebagai bahan bantu mengajar dalam sub topik solat kerana perkara yang berkaitan solat ini dibincang secara agak mendalam dan jelas.
Walaubagaimanapun, laman web ini tidak menyatakan hadis-hadis atau ayat al-Quran yang menjadi sumber ambilan bacaan-bacaan yang terdapat dalam solat. Walaupun semua bacaan yang dinyatakan tidak menyeleweng daripada kebenara dan menepati hadis-hadis nabi, tetapi ia mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah golongan yang teliti dalam mengambil sesuatu ibadat dalam agama.

No comments: