Monday, November 24, 2008

ANALISIS WEB 26

PEMILIK : Tidak dinyatakan


ULASAN :
Laman web ini kurang sesuai dijadikan rujukan kerana tidak memenuhi kriteria standard pemikiran yang utama antaranya kejelasan, ketepatan, dan keterperincian. Perbincangan tentang solat dalam laman web ini tidak menjelaskan cara melakukan solat daripada awal sehingga akhir solat dengan sempurna. Apa yang dibincangkan hanyalah berkaitan cara untuk menyempurnakan rukun solat sahaja.
Dari segi ketepatan pula, perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.
Dari segi keterperincian pula, penerangan tentang solat dalam laman web ini tidak menyeluruh dari permulaan solat sehingga akhir. Pengarang hanya menjelaskan cara-cara untuk menyempurnakan rukun solat sahaja. Bacaan-bacaan dalam rukun solat juga tidak dinyatakan.
Walaupun tidak sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar yang hendak belajar solat, tetapi sesuai dijadikan rujukan kepada mereka yang sudah pandai bersolat dan hendak menyempurnakan solat mereka.

No comments: