Monday, November 24, 2008

ANALISIS WEB 46

PEMILIK : Tidak diketahui


ULASAN :
Laman web ini tidak sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar yang hendak belajar solat dan tidak sesuai dijadikan bahan P&P oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar tajuk solat kerana penerangannya tidak berkaitan secara langsung dengan cara mengerjakan solat tetapi berkaitan cara mengerjakan solat ketika sakit. Kejelasan tentang isi kandungan laman web ini tiada kerana tiada gmbar atau video untuk menunjukkan keadaan solat ketika sakit, yang ada hanyalah penerangan secara bertulis sahaja. Penerangan bertulis sahaja tidak dapat memberi kefahaman yang jelas. Dari segi ketepatan pula, laman web ini kurang tepat kerana tidak menggunakan hadis-hadis nabi sebagai sokongan kepada isi kandungan. Walaubagaimanapun, isi kandungannya tidak menyeleweng dan menepati syariat.
walaubagaimanapun, laman web ini sesuai untuk dirujuk oleh pelajar bagi menambahkan pengetahuan mereka tentang solat ketika sakit seterusnya boleh dipraktikkan ketika sakit.

No comments: