Monday, November 24, 2008

ANALISIS WEB 28

PEMILIK : Tidak dinyatakan


ULASAN :
Laman web ini tidak sesuai dijadikan rujukan berkaitan tajuk solat kerana tidak memenuhi standard pemikiran.
dari segi kejelasan, penerangan yang tidak jelas berkaitan tajuk solat secara khusus kerana hanya membincangkan adab-adab ketika solat jumaat sahaja.
Dari segi ketepatan pula, perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan menepati syarak berdasarkan hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.
Dari segi keterperincian pula, isi kandungannya hanya menerangkan secara ringkas berkaitan adab-adab ketika solat jumaat dan perkara ini tidak berkaitan dengan cara mengerjakan solat.
Laman wen ini juga kurang reliven dengan tajuk kerana hanya membincangkan perkara adab ketika solat sahaja.

No comments: