Monday, November 10, 2008

ANALISIS WEB 4

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/panduanlengkapsembahyang.htm

PEMILIK : Tidak dinyatakan



ULASAN :
Laman web ini kurang sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar dan juga kurang sesuai dijadikan bahan bantu mengajar kepada guru-guru pendidikan Islam. hal ini kerana, laman web ini tidak memenuhi ciri-ciri standard pemikiran yang utama iaitu kejelasan dan ketepatan. Laman web ini tidak jelas dan tidak tepat kerana bacaan-bacaan dalam solat ditulis dalam ejaan melayu. Perkara ini adalah salah kerana ejaan melayu tidak boleh mengeja dengan tepat bunyi sebutan Arab. kita sedia maklum bahawa al-Quran adalah mukjizat daripada Allah, oleh itu kita mestilah membaca dengan bertajuwid terutamanya dalam solat dan yang paling utama handaklah membaca surah al-Fatihah secara bertajuwid kerana ia adalah rukun solat. Ejaan melayu tidak dapat memenuhi syarat bacaan bertajuwid, dan tidak dapat mengenalkan seseorang dengan hukum tajuwid. Selain itu, kedudukan anggota badan ketika bersolat juga tidak dijelaskan. sepatutnya pengarang menggunakan gambar atau video untuk menjelaskan kedudukan badanketika membuat sesuatu rukun di dalam solat.
walaubagaimanapun, bacaan yang dikemukakan dalam laman web ini menepati bacaan sebenar tetapi pengunjung laman web ini boleh terdedah kepada kesalahan ketika membaca bacaan-bacaan dalam solat yang dikemukakan disebabkan bacaannya ditulis dalam ejaan melayu. bagi pelajar-pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran sesuai melayari laman web ini untuk belajar solat, tetapi hendaklah membetulkan bacaan mereka di depan para imam atau orang yang boleh membaca al-Quran.

No comments: