Wednesday, November 12, 2008

ANALISIS WEB 21

PEMILIK : Tidak diketahui


ULASAN :
Laman web ini kurang sesuai dijadikan rujukan dan bahan p&p kerana kejelasannya tidak menyeluruh dan sukar difahami kerana tidak dibantu dengan gambar untuk menerangkan kedudukan ketika solat. ketepatan juga kurang kerana dari segi bacaan dalam solat dieja dalam bahasa melayu. Perkara ini adalah salah kerana ejaan melayu tidak boleh mengeja dengan tepat bunyi sebutan Arab. kita sedia maklum bahawa al-Quran adalah mukjizat daripada Allah, oleh itu kita mestilah membaca dengan bertajuwid terutamanya dalam solat dan yang paling utama handaklah membaca surah al-Fatihah secara bertajuwid kerana ia adalah rukun solat. Ejaan melayu tidak dapat memenuhi syarat bacaan bertajuwid, dan tidak dapat mengenalkan seseorang dengan hukum tajuwid.
walaubagaimanapun, bacaan yang dikemukakan dalam laman web ini menepati bacaan sebenar tetapi pengunjung laman web ini boleh terdedah kepada kesalahan ketika membaca bacaan-bacaan dalam solat yang dikemukakan disebabkan bacaannya ditulis dalam ejaan melayu. bagi pelajar-pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran sesuai melayari laman web ini untuk belajar solat, tetapi hendaklah membetulkan bacaan mereka di depan para imam atau orang yang boleh membaca al-Quran.

No comments: