Wednesday, November 12, 2008

ANALISIS WEB 24

PEMILIK : Tidak diketahui


ULASAN :
Laman web ini sangan sesuai di jadikan rujukan dan bahan P&P dan hampir memenuhi 9 standard pemikiran. walaubagaimanapun, dari segi ketepatan agak kurang kerana tiada sokongan daripada hadis Nabi ataupun dalil al-Quran. Tetapi ia masih menepati syarak dan bacaan-bacaan dalam solat serta cara mengerjakan solat tidak menyeleweng daripada ajaran yang sebenar dan menepati sebagaimana yang telah diterangkan melalui hadis-hadis nabi yang soheh.
ketepatan juga kurang dalam penulisan doa-doa atau bacaan dalam solat kerana bacaan-bacaan tersebut dieja dalam bahasa Inggeris. Ejaan Inggeris tidak boleh mengeja dengan tepat bunyi sebutan Arab. kita sedia maklum bahawa al-Quran adalah mukjizat daripada Allah, oleh itu kita mestilah membaca dengan bertajuwid terutamanya dalam solat dan yang paling utama handaklah membaca surah al-Fatihah secara bertajuwid kerana ia adalah rukun solat. Ejaan Inggeris tidak dapat memenuhi syarat bacaan bertajuwid, dan tidak dapat mengenalkan seseorang dengan hukum tajuwid.
walaubagaimanapun, bacaan yang dikemukakan dalam laman web ini menepati bacaan sebenar tetapi pengunjung laman web ini boleh terdedah kepada kesalahan ketika membaca bacaan-bacaan dalam solat yang dikemukakan disebabkan bacaannya ditulis dalam ejaan Inggeris. Bagi pelajar-pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran sesuai melayari laman web ini untuk belajar solat, tetapi hendaklah membetulkan bacaan mereka di depan para imam atau orang yang boleh membaca al-Quran.

No comments: