Monday, November 24, 2008

ANALISIS WEB 36

http://www.geocities.com/teachmesalaat
PEMILIK : Omar Ahmad


ULASAN :
Laman web ini menerangkan berkenaan solat dalam bentuk PDF.
Laman web ini sangat sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar dan dijadikan bahan P&P oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar tajuk solat. Hal ini kerana, laman web ini hampir memenuhi ke semua sembilan standard pemikiran. Penerangannya amat jelas kerana munggunakan gambar sebagai penerangan. Kedudukan anggota badan ketika bersolat diterangkan melalui gambar yang jelas berserta bacaan-bacannya dan disusun mengikut tertib dari awal hingga ke akhir solat.
walaubagaimanapun, dari segi ketepatan agak kurang kerana tidak menyatakan sumber pengambilannya daripada hadis-hadis Nabi dan al-Quran. Perbahasan dalam laman web ini tidak menguatkan isi kandungannya dengan dalil-dalil daripada hadis-hadis Nabi atau ayat-ayat al-Quran. Walaubagaimanapun isi kandungannya dan bacaannya tidak bercanggah dengan hukum syarak dan menepati hadis Nabi. Walaupun apa yang dibincangkan tidak bercanggah dengan hukum syarak, ia tetap boleh menimbulkan keraguan di kalangan sesetengah orang kerana tidak dinyatakan bukti pengambilannya.

No comments: