Monday, November 24, 2008

ANALISIS WEB 33

http://www.themuslimwoman.com/chooseyourpath/basicguidetoprayer
PEMILIK : Tidak dinyatakan



ULASAN :
Laman web ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar untuk menambahkan pengetahuan mereka dan boleh juga dijadikan panduan untuk pelajar-pelajar membaiki solat mereka. Guru-guru pendidikan Islam juga boleh menjadikan laman web ini sebagai bahan bantu mengajar dalam sub topik solat kerana perkara yang berkaitan solat ini dibincang secara agak mendalam dan jelas.
Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan dari segi kejelasan iaitu, kejelasannya agak kurang kerana kedudukan anggota badan ketika melakukan rukun-rukun solat tidak dinyatakan. Tiada gambar atau video untuk menerangkan kedudukan ketika awal hingga akhir solat. Sepatutnya pengarang menjelaskan kedudukan anggota badan ketika bersolat melalui gambar atau video.
Dari segi ketepatan pula, bacaan dalam solat dieja dengan bahasa Inggeris. Perkara ini adalah salah kerana ejaan Inggeris tidak boleh mengeja dengan tepat bunyi sebutan Arab. kita sedia maklum bahawa al-Quran adalah mukjizat daripada Allah, oleh itu kita mestilah membaca dengan bertajuwid terutamanya dalam solat dan yang paling utama handaklah membaca surah al-Fatihah secara bertajuwid kerana ia adalah rukun solat. Ejaan Inggeris tidak dapat memenuhi syarat bacaan bertajuwid, dan tidak dapat mengenalkan seseorang dengan hukum tajuwid. Bacaan yang dikemukakan dalam laman web ini menepati bacaan sebenar tetapi pengunjung laman web ini mungkin terdedah kepada kesalahan ketika membaca bacaan-bacaan dalam solat yang dikemukakan disebabkan bacaannya ditulis dalam ejaan bukan Arab. bagi pelajar-pelajar yang tidak pandai membaca al-Quran sesuai melayari laman web ini untuk belajar solat, tetapi hendaklah membetulkan bacaan mereka di depan para imam atau orang yang boleh membaca al-Quran. Manakala bagi mereka yang pandai membaca al-Quran, hendaklah merujuk bacaan tersebut dalam laman web lain atau kitab-kitab yang membincangkan bab solat.

No comments: