Wednesday, November 12, 2008

ANALISIS WEB 19

PEMILIK : Ustaz Osman bin Mohd Isa


ULASAN :
Laman web ini kurang sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar dan juga kurang sesuai dijadikan bahan bantu mengajar kepada guru-guru pendidikan Islam. hal ini kerana, laman web ini tidak memenuhi ciri-ciri standard pemikiran yang utama iaitu kejelasan dan ketepatan. Laman web ini tidak jelas dan tidak tepat kerana bacaan-bacaan dalam solat ditulis dalam ejaan melayu. Perkara ini adalah salah kerana ejaan melayu tidak boleh mengeja dengan tepat bunyi sebutan Arab. Selain itu, cara mengerjakan solat tidak dijelaskan secara terperinci dari permulaan solat hingga ke akhir solat. Bagaimana kedudukan rukun dalam solat juga tidak dinyatakan. Hanya dijelaskan rukun-rukun solat sahaja.
laman web ini tidak menyatakan hadis-hadis atau ayat al-Quran yang menjadi sumber ambilan bacaan-bacaan yang terdapat dalam solat. Walaupun semua bacaan yang dinyatakan tidak menyeleweng daripada kebenara dan menepati hadis-hadis nabi, tetapi ia mungkin tidak boleh diterima oleh sesetengah golongan yang teliti dalam mengambil sesuatu ibadat dalam agama.

No comments: